PERJALANAN SEBAGAI SEORANG INTERN (PT 3)
Hi, berjumpa lagi kita dalam segmen perjalanan seorang intern. Blog ini saya tulis untuk menceritakan aktiviti seharian yang dilakukan oleh seorang intern. Tidak semestinya aktiviti di tempat kerja, malah juga aktiviti yang tiada kaitan dengan tempat kerja. Hari ini saya berhasrat mahu berkongsi aktiviti yang saya lakukan semasa cuti hujung minggu, semalam saya menghiburkan diri sendiri pergi pawagam tengok movie demon slayer saje temankan sepupu. Keseluruhannya, tak lah teruk sangat seronok tapi jalan cerita lambat. Tapi sepanjang tengok movie tu tiba-tiba terfikir tentang diri sendiri. Contohnya macam kenapa kau macam ni, kenapa kau susah sangat berubah cuba bergaul sikit dengan orang lain, cuba ubah diri tu. Selepas itu, terfikir kenapa lah aku macam ni Sebab aku macam orang tak nak dekat dengan aku, sebab sifat aku macam ni lah diorang janggal atau tak suka atau tak berkenan nak dekat dengan aku. Kadang-kadang terfikir aku bukannya perlu...