PERJALANAN SEBAGAI SEORANG INTERN
Hai, ini adalah kali pertama bagi saya menulis blog sepanjang saya bergelar manusia. Sebelum ini pernah sahaja saya menulis diari dan ada juga terfikir untuk menulis blog tapi baru saat ini saya tergerak hati untuk memulakan journey menulis blog. Pertama sekali tujuan saya menulis blog ini hanya untuk mengisi masa yang terluang semasa latihan industri. Ini semua sebab takda kerja nak buat. Biasalah budak intern mana ada banyak kerja sekadar tolong apa yang patut dan apa yang disuruh. Kalau nak diikutkan memang malas nak intern tapi sebagai seorang student kita terpaksa menjalaninya sebab termasuk dalam salah satu silibus yang wajib. Bagi orang macam saya ia sangat tersesksa sebab saya bukan jenis orang yang mesra alam kalau tak ditanya tak bercakap... kalau tak diajak bual tak bercakap... bercakap bila ada urusan penting je atau ada perkara yang nak ditanyakan.
Lupa saya nak perkenalkan diri, saya seorang student Diploma Pengurusan Maklumat, sekarang ni saya di semester 4... hmmm sebenarnya bukan semester 4 tapi nak masuk semester 5. Saya menjalani latihan industri semasa cuti semester selama 2 bulan. Sebenarnya intern ni best je bagi saya cuma kita kena pandai bergaul baru seronok, saya pula jenis yang tak mesra alam, susah nak bergaul dan macam-macam lagi lah. Bagi saya macam satu keterpaksaan untuk jadi seorang budak intern. Mungkin disebabkan rasa takut dengan penghakiman orang semata. Sebenarnya saya ada terfikir kenapa saya perlu sangat pengesahan (validation) daripada orang untuk sesuatu perkara. Kalau awak nak tahu saya perlukan semua itu supaya saya tak nak orang menghakimi saya. Saya sangat ambil tahu walau hal kecil seperti dalam percakapan saya dan perbuatan sebab itu lah saya tak banyak cakap, takut apa yang saya cakap buat orang tak selesa, terasa atau kekok dengan percakapan saya.
Saya tahu mesti awak macam "Eh! kata pasal perjalanan seorang intern tapi ni macam luahan hati je?", hahahahahahah maaflah saya terbawa perasan sikit biasalah seorang manusia tak lepas dari perasaan tu. Tak banyak pon nak diceritakan tentang intership ni saya baru sahaja masuk 3 minggu kat sini jadi macam tak banyak perkara saya buat. Setakat saya kat sini perkara yang saya buat ialah kerja pejabat macam taip semula dokumen, list nama orang, susun borang dan macam-macam lagi. Macam-macam lagi tu tak lah banyak sangat hehe tapi ada satu kerje yang buat saya rasa seronok. Nak tahu tak apa dia... tadaaaa kerja jual produk dekat satu tempat ni. Dia takda lah best sangat tapi bila saya buat kerja ni saya dapat larikan diri dari dunia pejabat dan dapat tengok dunia luar walaupun mengantuk ada, bosan pon ada. Bagi saya tu je lah keje yang saya rasa seronok, hmmm... maksud saya bukan keje lain tak seronok tapi kerja ni lagi seronok sikit dari kerja lain.

Comments
Post a Comment