PERJALANAN SEBAGAI SEORANG INTERN (PT 2)

     Hai dan selamat sejahtera, kembali lagi dalam perjalanan seorang intern. Sebenarnya bukan perjalanan tapi kisah dan luahan seorang intern macam tu lah. Saya menulis blog ini pon untuk dijadikan tempat luah perasan dan isi hati saya, apa yang terbuku di dalam hati yang tak dapat diluah. Biasanya intern ni selalu dipandang enteng kan oleh staff di tempat mereka bekerja kan sebab budak intern ni tak tahu buat apa-apa. Contoh macam tak tahu nak buat minit mesyuarat, tak tahu nak cetak dokumen guna pencetak syarikat dan banyak lagi lah. Sesetengah staff akan memperlekehkan kami sebab tak tahu nak buat benda mudah seperti itu. Kadang kala bukannya seornag intern tu tak tahu buat apa-apa cuma mereka gugup sahaja maklumlah budak baru kan. Ini bukan pengalaman saya lah tapi saya ada terbaca pengalaman orang lain. Saya pon ada pengalam saya sendiri di syarikat ini.


    Pertama sekali yang saya hendak cerita ialah pernah satu kali saya pakai kasut canvas pergi kerja dan pada hari itu tiba-tiba sahaja tiada elektrik.Sebelum itu, untuk pengetahuan awak saya duduk di bahagian atas jadi saya perlu buka kasut. Selepas itu, ada lah seorang staff kat syarikat mengajak saya turun bawah, jadi saya pun turunlah dan saya pun memakai kasut saya. Kemudian, saya menuju ke arah kerusi. Sepanjang saya menuju ke arah kerusi tu ada seorang lagi staff yang lain pandang saya macam menghakimi saya macam "Kenapa pakai kasut tu? tak tahu ke kalau kerja pakai kasut apa". Dia takda lah cakap macam tu tetapi nampak yang muka dia macam tu. Saya hanya bersangka baik sahaja. Masa itu, saya hanya "Haih, takkan lah salah pakai, ni baru sekali aku pakai dah kena macam ni". Saya tahu je salah tapi baru sekali ni saya pakai belum banyak kali. Kemudian saya cakap dalam hati "Ada ke nampak aku pakai sebelum ni, takda kan aduhhh!".


Gambaran perasaan ketika itu.




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN SEBAGAI SEORANG INTERN

PERJALANAN SEBAGAI SEORANG INTERN (PT 3)